Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

Program 'Let’s Be Pretty (Basic Make Up)' Sesi 3 & 4

Aktiviti Terkini | 17 & 24 September 2017

PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan Program Kesedaran Kempen Makanan Sihat dengan kerjasama wakil Tupperware. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pendaftaran. Kemudian Puan Aswa, wakil dari Tupperware telah memberi taklimat mengenai cara penyediaan makanan yang sihat serta teknik penyimpanan....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

aktiviti ICT dijalankan di dalam PI1M yang melibatkan peserta pelajar sekolah di sekitar Felda ini. Pada jam 11 pagi acara di luar PI1M dijalanakn dengan aktiviti dam haji dan anyaman ketupat. Seterusnya acara belon air dan basikal lambat untuk pelbagai peringkat umur....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CATUR ONLINE

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Program ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan berkenaan laman web yang menyediakan permainan ilmiah secara atas talian. Selain itu, ia dapat mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M dan petugas....baca selanjutnya

PROJEK KRAF : BEKAS PENSEL KREATIF

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Peserta program telah diberi pendedahan berkaitan kraf kreatif melalui rujukan secara online di laman web Youtube. Peserta telah dibekalkan dengan beberapa bahan utama untuk membuat bekas pensel Minion. Pada awal program, peserta dikehendaki untuk mencari video-video pilhan yang boleh dijadikan rujukan untuk membuat bekas pensel. Kemudian, peserta dikehendaki membuat bekas pensel mereka dengan merujuk video pilihan mereka. Hasil bekas pensel ini akan dinilai untuk menguji ketahahan bekas pensel mereka....baca selanjutnya

Program KDB: Buli Siber, Buat Kacau Itu Gempak (Tidak Langsung!) Dan Sekuriti Alam Siber

Aktiviti Terkini | 06 Jun 2017

Sepanjang program dijalankan, peserta diperkenalkan dengan laman web Klik Dengan Bijak. Penerangan tentang tajuk buli siber, telah diberikan oleh petugas PI1M. Peserta dikehendaki untuk membuka laman web tersebut dan membaca info yang terdapat di laman web ini....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MESRA SERANTA

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Program dijalankan khas untuk memberi pendedahan kepada belia tentang teknik mencipta video ringkas dengan telefon bimbit....baca selanjutnya

PROGRAM HALA TUJU SELEPAS SPM 2017

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Program ini dijalankan khas untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM tentang hala tuju mereka selepas tamat persekolahan...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 12 - 14 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

PROGRAM 'LET’S BE PRETTY (BASIC MAKE UP)' SESI 2

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2017

Pada 12 Mac 2017 yang lalu,pihak PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan Program Let’s Be Pretty kali kedua khusus untuk ahli PI1M terutamanya untuk kaum wanita. Program ini dijalankan dengan usahasama dengan usahawan PI1M iaitu Pn Aida. Beliau merupakan usahawan yang mengusahakan jualan pelbagai jenis shawl dan produk kecantikan secara atas talian....baca selanjutnya

PROGRAM 'LET’S BE PRETTY (BASIC MAKE UP)'

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan Program Let’s Be Pretty khusus untuk ahli PI1M terutamanya untuk kaum wanita. Program ini dijalankan dengan usahasama dengan usahawan PI1M iaitu Pn Aida. Beliau merupakan usahawan yang mengusahakan jualan pelbagai jenis shawl dan produk kecantikan secara atas talian....baca selanjutnya

KUIZ KDB-BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2017

Kuiz KDB (Klik Dengan Bijak) - Buli Siber ini bertujuan menguji kefahaman para peserta tentang buli siber yang kian berleluasa kini. Diharap dengan aktiviti seperti mampu meningkatkan kesedaran para peserta tentang isu buli siber ini....baca selanjutnya

E-LEARNING (CREATIVITY) - LEGO ONLINE

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Pusat Internet 1 Malaysia Gedangsa telah mengadakan kelas E-LEARNING. Fokus untuk kelas ini adalah untuk menjana minda yang kreatif. Para peserta diajar menggunakan aplikasi LEGO ONLINE. Setelah para peserta mengetahui cara menggunakan aplikasi LEGO online ini, para peserta diarahkan untuk mencari contoh atau reka bentuk yang digemari dan cuba untuk membinanya. Hasil daripada aktiviti ini, peserta mampu membina rumah dan bangunan yang menarik dari segi rekabentuk dan hiasan sekeliling....baca selanjutnya

PERTANDINGAN SENI KHAT KUFI

Aktiviti Terkini | 08 Januari 2017

Pada 8 Januari yang lalu, pihak PI1M Felda Gedangsa telah mengadakan Pertandingan Seni Khat Kufi. Objekif pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji kreativiti perserta disamping menguji mereka menggunakan aplikasi Microsoft Office Excel 2013. Mereka perlu mencari seni khat kufi yang dirasakan kreatif dalam internet dan membuatnya sendiri. Mereka di beri masa selama satu jam untuk menyiapkan seni khat kufi tersebut. Mereka perlu menggunakan cara yang telah diajarkan di dalam kelas. Pemenang dikira berdasarkan pemilihan warna, kekemasan, dan juga kreativiti....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti