Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Program ini dijalankan khusus untuk para peniaga gerai dan kedai makan sekitar Felda Gedangsa dan kawasan berdekatan. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 02 Julai 2018

Program ini dijalankan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2018. Pada tahun lepas, pihak pusat internet hanya menyambut di Pusat Internet sahaja, tetapi pada tahun ini, pihak kami telah bekerjasama dengan pihak FELDA dan NGO yang lain untuk meraikan sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfiri Felda Gedangsa....baca selanjutnya

BE CREATIVE & IMAGINATIVE WITH LEGO

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018

Program ini dijalankan khas buat ahli pusat internet, menguji kefahaman para peserta dalam merekabentuk sebuah rumah dengan kreativiti sendiri. Peserta diperkenalkan dengan laman web legoonline yang disediakan oleh google.com untuk kemudahan penggunaanya....baca selanjutnya

PROGRAM HARI SUKAN KOMUNITI FELDA GEDANGSA

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Program santai ini dijalankan khas untuk penduduk kampung Felda Gedangsa. Program dianjurkan oleh pihak Pejabat Felda yang melibatkan pelbagai peringkat usia seluruh Felda Gedangsa....baca selanjutnya

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SMK GEDANGSA

Aktiviti Terkini | 28 April 2018

Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa telah mengadakan aktiviti advokasi dan penerangan pengenalan V-Cash kepada pelajar-pelajar di SMK Gedangsa...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA GEDANGSA

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Pada 24 Mac yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Gedangsa serta Digi telah menganjurkan program Hari Terbuka khas untuk komuniti Felda Gedangsa. Program dijalankan khusus untuk megeratkan silaturahim. Secara tidak langsung dapat memperkenalkan pusat internet kepada seluruh penduduk kampong. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk mengenali produk produk yang telah disediakan oleh pihak Digi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK GEDANGSA

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

PI1M telah menjalankan aktiviti advokasi yang bertemakan Klik Dengan Bijak khusus untuk golongan ibubapa dan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa. Majlis berlangsung seawal jam 8.00 pagi dengan perbarisan sekitar Hari Sukan SMK Gedangsa. Pada awal program dijalankan sesi nyanyian lagu NegaraKu, lagu negeri Sleangor dan lagu Sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN : GOOD & HEALTY FOOD STORACE

Aktiviti Terkini | 04 Januari 2018

Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa telah mengadakan program kesedaran Penyimpanan Makanan Secara Sihat. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Tupperware Brands. Program bermula pada jam 3.00 petang dengan pendaftaran para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan wakil Tupperware Brands iaitu Puan Azwa. Pengenalan program berkenaan bahan yang digunakan dalam pembuatan bekas plastik serta menu makanan yang boleh disimpan dalam peti sejuk....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti