Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung FELDA Gedangsa ialah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan Lembah Bernam di Daerah Hulu Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km dari Tanjung Malim dan 50 km dari Kuala Kubu Bharu. Ia termasuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri hulu Bernam dan Kawasan Parlimen Hulu Selangor.Rancangan ini dibangunkan pada tahun 1960 dan merupakan rancangan tertua dibangunkan di Negeri Selangor.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

MAJLIS ASYURA BERSAMA JKKP

23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet telah mengadakan Majlis Asyura sempena sambutan Maal Hijrah bersama-sama dengan ahli jawatankuasa kampung beserta komuniti setempat... baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA

9 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016, PI1M Felda Gedangsa turut menganjurkan sambutan ini yang disertai oleh ahli Pusat Internet, ahli, MBFMAJK KAF, AJK GPW dan seluruh warga Felda Gedangsa... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Hari terbuka PI1M Felda Gedangsa

6 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada tanggal 6hb Ogos 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Gedangsa telah mengadakan Open Day yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Tujuan Open Day ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk setempat. Baca selanjutnya

Program Anak Angkat Unisel Cakna

17 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama MBFM Felda Gedangsa, telah mengadakan program keuarga angkat bagi pelajar Unisel. Program bermula pada 15 Julai dengan kedatangan anak angkat Unisel ke Felda Gedangsa. Kemudian, mereka telah diasingkan kepada keluarga angkat masing- masing. Baca selanjutnya

TAKLIMAT KESIHATAN : KANSER SERVIKS

15 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Gedangsa telah menganjurkan program Bengkel Kesihatan Kanser Seviks dengan kerjasama Redlife. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Taqieuddin iaitu wakil Redlife Penang. Baca selanjutnya

PROGRAM 15 SECOND KDB VIDEO

15 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun yang lalu Pusat Internet 1Malaysia telah menjalankan Pertandingan Mencipta Video : KDB 15 SECOND FUNNIEST VIDEO. Pertandingan ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah yang berumur dari 13 hingga 17 tahun. Baca selanjutnya

BENGKEL APPS DAN ROBOTIC ANJURAN MCMC DAN PI1M PRESINT 18

28 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gedangsa telah menjayakan program Apps dan Robotic anjuran MCMC dan PI1M Presint 18 yang diadakan di Dewan Presint 9, Putrajaya. Program ini melibatkan hampir 45 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil dari PI1M yang berbeza. PI1M FELDA Gedangsa juga telah menghantar 3 orang peserta yang berumur antara 13 hingga 16 tahun. Baca selanjutnya

PROGRAM SENI KREATIF JAHITAN JELUJUR

07 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mei yang lalu Pusat Internet 1Malaysia FELDA Gedangsa telah mengadakan bengkel jahitan kreatif bersama JJ Craft. Program ini dianjurkan khas untuk menguji tahap kreatif ahli PI1M dalam menggunakan teknik jahitan Jelujur. Baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KBD KIDZANIA

24 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April yang lalu, pihak PI1M FELDA Gedangsa telah terpilih untuk menyertai program KDB KIDZANIA yang dianjurkan khas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC. Baca selanjutnya

PRE GOTONG ROYONG

17 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedangsa telah menjalankan Pre Gotong Royong yang melibat beberapa orang ahli PI1M. Program ini dijalankan khusus untuk membersihkan kawasan dalaman PI1M seterusnya melatih ahli PI1M untuk menghargai kebersihan sekitar PI1M. Baca selanjutnya

PENANDA BUKU KREATIF BERSAMA JJ CRAFT

02 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April yang lalu, pihak PI1M telah mengadakan program bersama wakil JJ Craft Collections, dalam aktiviti membuat penanda buku kreatif. Aktiviti ini telah melibatkan seramai 12 peserta lelaki dan perempuan berumur 10 tahun hingga 15 tahun. Baca selanjutnya

PROGRAM JOM GROOMING BERSAMA ROZITA OGY

28 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26hb Mac 2016, Grooming Class telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Gedansga. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh golongan belia Felda Gedangsa ini sendiri. Tenaga pengajar untuk Grooming Class ini adalah Rozita Ogy yang juga merupakan golongan belia Felda Gedangsa.baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH : BERSUKA RIA DI PI1M

12 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Gedangsa telah mengadakan Program Bersuka Ria sempena cuti sekolah. Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.baca selanjutnya

PROGRAM BELAJAR BUAT ROTI

12 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 12hb Mac 2016 (Sabtu), jam 2:00 petang, program belajar membuat roti telah diadakan di Pejabat PDK lama. Program ini telah dikendalikan oleh pihak KEMAS wanita dengan kehadiran Cikgu Alyn sebagai tenaga pengajar.baca selanjutnya

PROGRAM AEROBIC BERSAMA GPW

09 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Pihak GPW telah mengadakan Program Senam Aerobik pada 5hb Mac 2016, 8:30 pagi. Program di hadiri oleh warga GPW dan warga Gedangsa secara amnya. Program ini telah diadakan di hadapan bangunan GPW.baca selanjutnya

HARI SUKAN SMK GEDANGSA

05 MAC 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2016, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa telah mengadakan Sukan Tahunan Sekolah. baca selanjutnya

PROGRAM HIJABSTYLISTA GEDANGSA

28 FEBRUARI 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari yang lalu, PI1M Felda Gedangsa telah menjalankan program khas khusus untuk belia dan wanita di Gedangsa. Program adalah aktiviti kerjasama bersama Baiduri Aida, iaitu Puan Intan. Beliau telah dijemput untuk memberi taklimat ringkas mengenai teknik pemakaian seledang. Beliau turut menerangkan 3 teknik penggayaan selendang terkini.baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA TAHUN BARU CINA : MY TANGLUNG

5 FEBRUARI 2016 | Aktiviti Terkini

Program My tanglung diadakan khas sempenan sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Program ini melibatkan pelajar sekolah dari tahun 4 hingga pelajar sekolah Tingkatan 3 baca selanjutnya

PROGRAM WIFIE

5 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan cuti sekolah, pihak PI1M telah menganjurka program WiFie Schavenger Hunt dengan kerjasama Jemari Ibu. Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam program ini, peserta dikehendaki untuk menagmbil gambar secara Wifie di setiap tempat yang telah diberikan. baca selanjutnya